suria

Itali Tersingkir!

ITALI tersingkir buat kali pertama sejak 1958 untuk menyertai Piala Dunia selepas Sweden menempah tempat di Rusia dengan permainan yang cemerlang awal pagi Selasa.

Itali sebagai hos berharap dapat mengubah keputusan 1-0 (pusingan pertama), namun mereka gagal untuk berbuat demikian setelah Sweden berjaya bertahan sehingga ke akhir perlawanan dengan keputusan seri 0-0 (pusingan kedua).

Kedua-dua pasukan tidak berjaya menjaringkan gol pada sepakan penalti dalam perlawanan sengit itu, namun Sweden dianggap layak ke peringkat seterusnya kerana mempamerkan aksi hebat.

Tendangan yang agak lewat daripada Stephan El Shaarawy diselamatkan oleh penjaga gol Sweden, Robin Olsen juga dianggap cubaan Itali yang paling hampir untuk melayakkan pasukan itu ke Piala Dunia tahun depan.

Kekalahan itu juga bermakna titik noktah buat pengurus Itali, Gian Piero Ventura yang sememangnya sentiasa ditekan sepanjang kempen kelayakan tersebut.

Ironinya, Sweden bakal menyertai Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006. - Eurosport

Itali, Sweden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Buffon Menangis Itali Tersingkir

Artikel Lain