CRISTIANO Ronaldo merasakan dirinya tidak dihargai di Real Madrid. Berikutan dengan itu, penyerang sensasi berusia 32 tahun ini menolak kontrak baharu bersama kelab gergasi Liga Sepanyol tersebut. Ronaldo dilaporkan mahu berpindah sebaik sahaja tamat saingan musim ini. Sebelum ini, pemain antarabangsa Portugal itu menegaskan dia tidak mahu menyambung kontrak sedia ada yang akan berakhir pada 2021. Malah Ronaldo dipercayai mahu meninggalkan kelab sejak musim lalu. Menurut laporan El Chiringuito, Ronaldo telah memberitahu keputusannya itu kepada presiden kelab Florentino Perez. Malah bekas pemain Manchester United itu mahu meninggalkan kelab pada 30 Jun depan dengan alasan 'harga berpatutan'. Bagaimana pun difahamkan penolakan kelab terhadap permintaannya menyebabkan pemain itu marah. Ronaldo merasakan Real tidak menghargainya apabila kelab tidak menilainya dengan harga yang lebih tinggi.