suria

Aguero Rebah Di Bilik Persalinan

SERGIO Aguero dikejarkan ke hospital selepas bintang itu pengsan pada babak kedua perlawanan persahabatan Argentina menentang Nigeria di Rusia.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi penjaring Argentina ketiga tertinggi dalam sejarah ketika dia menyumbatkan gol pada babak pertama, namun rebah di bilik persalinan pada waktu rehat.

Persekutuan Bola Sepak Argentina (Afa) berkata dalam sebuah kenyataan, Aguero dibawa untuk pemeriksaan rutin dan menjelaskan bahawa pemain itu dalam keadaan baik.

Sementara itu, Nigeria bangkit semula daripada kekurangan dua gol sekaligus  memenangi perlawanan dengan keputusan 4-2. - Eurosport

Sergio Aguero

Artikel Sebelum

“Ventura, Sila Undur Diri”

Artikel Berikut

Artikel Lain