suria

Jangan Pandai-Pandai Cakap Azam Azih Tinggalkan Pahang - Dollah

Dollah (kuning) ketika sesi latihan skuad Tok Gajah September lalu. Foto: Bernama

PETALING JAYA: Pengendali Tok Gajah mengingatkan penyokong untuk tidak mudah percaya dengan khabar angin atau berita sebaran media sosial tidak rasmi skuad itu.

Dollah Salleh, 54, berkata, penyokong tidak perlu membaca atau mendengar berita yang tidak sahih mengenai pasukan atau pemain, lebih-lebih lagi skuadnya.

"Kami masih bercuti lagi. Belum ada perkembangan terbaharu. Namun kita telah melepaskan beberapa pemain (lapan orang) bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

"Itu sahaja yang betul. Yang lain-lain kami (Persatuan Bola Sepak Pahang) belum membuat sebarang keputusan.

"Baru semalam (Selasa) kami berjumpa dan membincangkan perancangan musim depan.

"Apa yang saya boleh cakap setakat ni semua pemain (selain yang dilepaskan) kekal dengan kita," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dollah menolak khabar angin mengenai salah seorang pemain mudanya, Muhamad Nor Azam Abdul Azih (gambar bawah) akan meninggalkan pasukan itu.

"Siapa cakap? Tak perlulah percaya dengan media sosial. Ramai sangat yang nak jadi 'reporter'," ujarnya ringkas.

Setakat ini,  pemain yang dilepaskan Pahang adalah penjaga gol utama, Wan Azraie Wan Teh, Saiful Nizam Miswan, Heo Jaewon dan Nordin Alias, masing-masing di posisi pertahanan.

Selain itu ialah Ahmad Syamim Yahya, Joseph Kallang Tie dan Nurridzuan Abu Hassan yang beraksi di bahagian tengah dan Ashari Samsuddin (penyerang).

Pahang menamatkan Liga Malaysia musim 2016 dengan kejayaan naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Dollah Salleh, Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain