suria

Gagal Layak Ke Piala Dunia, Wilmots Letak Jawatan

KETUA jurulatih Ivory Coast meninggalkan posisinya selepas gagal membawa pasukan itu layak ke final Piala Dunia 2018.

Pengurus kelahiran Belgium Marc Wilmots meletak jawatan selepas enam bulan bersama Ivory Coast.

Mereka tewas 2-0 kepada Morocco pada Sabtu lalu sekaligus gagal merebut kedudukan kedua terbaik kumpulan dan tersingkir bagi saingan di Rusia tahun hadapan.

"Kami ada bermesyuarat pada 13 November lalu dan membuat keputusan bersama dan tetap menjalinkan hubungan baik sepanjang enam bulan bekerjasama," ujar satu kenyataan badan induk persatuan bola sepak tersebut.

Ivory Coast kini mencari jurulatih keempat bagi mengisi kekosongan selepas Herve Renard yang berjaya membawa Morocco ke Rusia dan Dussuyer sebelum Wilmots.

Ivory Coast, Marc Wilmots

Artikel Lain