suria

Terbuka China: Chong Wei Tewas Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Misi memburu kejuaraan pertama selepas lapan bulan tidak kesampaian buat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei apabila tersingkir di suku akhir Terbuka China hari ini.

Kali ini giliran pemain muda Hong Kong, Angus Ng Ka Long menunjukkan jalan keluar kepada Chong Wei, pemain nombor tujuh dunia, dalam saingan sengit selama 80 minit di Pusat Sukan Olimpik Hiaxia.

Pemain Hong Kong berusia 23 tahun itu mula saingan dengan agresif untuk menang set pertama 21-21 sebelum Chong Wei bangkit untuk menyamakan kedudukan dengan 21-15 sebelum Angus menang tipis 21-19 pada set penentuan.

Sejak memenangi gelaran keempat All England pada Mac lalu, Chong Wei yang berusia 35 tahun gagal memenangi sebarang kejohanan.- Bernama

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Williams-Ohanian Kahwin

Artikel Lain