suria

Jafri Chew Sah Milik Pasukan Baharu

PETALING JAYA: Penyerang muda Harimau Kumbang mengesahkan sudah memilih pasukan baharu untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew memberitahu, dia secara rasminya sudah menjadi milik PKNS mengharungi saingan Liga Super 2018.

"Minggu lepas saya sudah 'sign' kontrak dengan PKNS selama setahun. Semuanya berjalan lancar.

"Walaupun terdapat tawaran dari pasukan lain, saya membuat keputusan untuk menerima tawaran PKNS selepas mengambil kira pelbagai faktor.

"Apa yang penting peluang saya untuk menimba lebih banyak pengalaman atau peluang beraksi lebih cerah.

"Pasukan lain juga bagus, namun buat masa ini saya lebih ke arah PKNS," ujarnya kepada mStar Online.

Penyerang berusia 20 tahun kelahiran Pulau Pinang itu memberitahu dia akan memulakan latihan bersama skuad yang menamatkan saingan di tangga ketujuh musim 2017 itu bermula 4 Disember ini.

Selain itu, Jafri antara tonggak utama dalam skuad Bawah 22 Tahun di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang bakal bersaing pada Piala Asia B-23 Tahun di China Januari ini.


Jafri Chew

Artikel Sebelum

West Brom Pecat Pulis

Artikel Berikut

Artikel Lain