suria

West Brom Pecat Pulis

WEST Bromwich mengesahkan pemecatan pengurusnya Tony Pulis.

Pulis berpindah ke West Brom pada tahun 2015 dari Crystal Palace.

Sepanjang menguruskan kelab, Pulis berjaya mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana untuk dua musim (2015/16 dan 2016/17) dengan kedudukan ke-14 dan kesepuluh.

Walaupun masih kekal untuk dua musim itu, prestasinya semakin menurun secara mendadak, manakala taktikal yang digunakan Pulis dikritik penyokong kelab.

Lebih memburukkan keadaan apabila Baggies hanya merakamkan sembilan gol dalam 12 perlawanan dengan hanya menang dua kali.

Demi melihat perubahan, kelab terpaksa membuat keputusan mengejut memecat Pulis.

Pengerusi kelab, John Williams berkata: "Keputusan yang diambil bukan mudah tetapi demi kepentingan kelab ia terpaksa dibuat.

"Kami inginkan keputusan perniagaan dan sejak musim lepas sehingga sekarang, ia amat mengecewakan.

"Kami ingin merakamkan penghargaan di atas sumbangan kerja keras Tony sepanjang berada di kelab. Kami mengucapkan selamat berjaya untuknya."

Pembantu jurulatih, Gary Megson akan mengambil alih tugas Pulis untuk sementara waktu.

West Brom kini berada ditangga ke-17 liga.

Tony Pulis

Artikel Sebelum

Chelsea Tak Perlu Menyesal

Artikel Berikut

Artikel Lain