PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk bulan November selepas menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan. Setakat ini, pemain berusia 25 tahun itu merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris dengan 13 gol pada musim ini. Selepas penganugerahan di padang latihan Melwood Liverpool, Salah berkata: "Setiap bulan saya ingin menjaringkan banyak gol dan membantu pasukan memenangi perlawanan. "Bulan itu, saya menjaringkan tujuh gol dan ia adalah perasaan yang gembira, tetapi bagi saya perkara yang paling penting adalah hasilnya dan kami mempunyai hasil yang baik pada bulan itu. Tujuh gol Salah diperoleh semasa dengan jaringan berganda semasa Liverpool menentang West Ham, Southampton dan Chelsea. Satu gol lagi ketika terikat seri dengan Chelsea. Salah telah menjaringkan 20 gol dalam semua perlawanan Liverpool musim ini, yang pertama di Anfield selepas perpindahan musim panasnya bernilai £39 juta (RM212 juta) dari Roma. - Mail Online