suria

Chong Wei, Axelsen Berentap Di Final

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir kejohanan badminton Siri Super Akhir Dunia di Dubai, Sabtu.

Pemain berusia 35 tahun itu mengambil masa 49 minit sebelum berjaya menyingkirkan Son Wan Ho dari Korea Selatan; 21-17, 21-11 pada aksi separuh akhir.

Pada Jumaat, Chong Wei tewas kepada pemain di ranking kelima dunia itu; 21-13, 20-22, 15-21 dalam perlawanan pelengkap peringkat Kumpulan A.

Chong Wei yang kini berada di ranking kedua dunia, bakal berdepan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark di pentas akhir.

Axelsen sebelum itu, menundukkan Shi Yuqi dari China; 21-12, 21-8 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod, Chong Wei sudah empat kali menjuarai Siri Super Akhir bermula pada 2008, 2009, 2010 dan 2013.

Pada edisi lepas, Chong Wei terkandas di pusingan awal kejohanan berkenaan. - BERNAMA

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Ronaldo Hero Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain