suria

Pemain City Ejek United, Mourinho

PEMAIN Manchester City mengejek Manchester United dan pengendalinya, Jose Mourinho selepas pasukan itu menang 4-1 ke atas Tottenham pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Anak buah Pep Guardiola melebarkan rekod kemenangan mereka di Stadium Etihad menerusi dua jaringan Raheem Sterling dan Iklay Gundogan dan Kevin De Bruyne masing-masing satu gol.

Kemenangan itu meletakkan City kekal di depan dengan kelebihan 14 mata meskipun United berpeluang untuk merapatkan jurang mata ketika aksi menentang West Brom, malam Ahad.

Pada minggu lalu, City mengatasi United 2-1 pada pertembungan pertama membabitkan kedua-dua pasukan di Old Trafford.

Kemenangan itu bagaimanapun dicemari insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan di dalam bilik persalinan City.

Mikel Arteta, salah seorang jurulatih skuad utama City mengalami kecederaan di bahagian bawah mata manakala Jose Mourinho dibalik dengan air susu dalam pergaduhan itu.

Mourinho didakwa sengaja memulakan pergaduhan tersebut selepas dia menghampiri bilik persalinan skuad pelawat dan meminta pemain City supaya tidak terlalu bising ketika meraikan kemenangan mereka.

Dan pemain City meraikan kemenangan ke atas Spurs malam Sabtu dalam keadaan gembira.

Benjamin Mendy yang diketepikan akibat kecederaan dirakam meraikan kemenangan City di bilik persalinan.

Dalam rakaman tersebut pemain City dilihat melaungkan sorakan ‘park the bus, park the bus Man United’.

Malah penyokong City turut melaungkan sorakan yang sama ketika pasukan itu menang ke atas United minggu lalu.

Kedua-dua pasukan dijangka memberi bukti kepada Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung insiden pergaduhan pada Ahad lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

David Luiz Boleh Angkat Kaki

Artikel Lain