suria

Luiz, Batshuayi Akan Dijual Dengan Gembira - Conte

David Luiz

ANTONIO Conte dilaporkan memberitahu Chelsea bahawa dia akan menjual David Luiz dan Michy Batshuayi dengan gembira pada Januari jika kelab boleh menawarkan penggantian yang sesuai.

The Times melaporkan, Conte telah memaklumkan pengarah Blues, Marina Granovskaia bahawa dia sanggup berpisah dengan Luiz dan Batshuayi, selain telah menyerahkan senarai sasaran untuk jendela perpindahan kali ini.

Conte lantang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap urusan perpindahan Chelsea pada musim panas lepas kerana kelab itu gagal mendapatkan beberapa sasaran utamanya termasuk Romelu Lukaku, Alex Sandro dan Ross Barkley.

Bekas pengurus Itali itu dikatakan telah memberitahu pengurusan tertinggi Chelsea bahawa dia mahukan pemain tengah, bek kiri dan penyerang baharu di Stamford Bridge bulan ini, dengan pasukan itu sekarang bergelut untuk mengejar pemimpin liga, Manchester City.

Laporan itu juga mendakwa dia tenang tentang prospek melepaskan Luiz dan Batshuayi.

Pemain pertahanan Brazil, Luiz bertengkar dengan Conte selepas kekalahan Liga Juara-Juara ke atas Roma pada Oktober lalu dan dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Real Madrid beberapa minggu lalu.

Batshuayi menyertai Chelsea pada nilai £33 juta musim panas 2016 tetapi Conte tidak meletakkan kepercayaan terhadap pemain Belgium itu, dengan menyenaraikan dirinya dalam senarai utama skuad Liga Perdana Inggeris hanya dua kali.

Selepas seri 2-2 di Arsenal, Conte sekali mengkritik lembaga pengarah Chelsea kerana kegagalan mereka mendapatkan sasaran utama musim panas lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain