EVERTON akhirnya memenuhi kekosongan bagi menggantikan Romelu Lukaku selepas melengkapkan kontrak bersama penyerang Turki, Cenk Tosun sebanyak £27 juta (RM146 juta) dari Besiktas. Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan sebanyak 41 gol dalam 96 perlawanan untuk Besiktas sejak 2014. Tosun kini menandatangani kontrak empat setengah tahun di Goodison Park. Everton mengumumkan perpindahan itu pada separuh masa dalam perlawanan Piala FA ketika menentang Liverpool. Tosun dijadualkan membuat kemunculan The Blues dalam perlawanan bersama Tottenham pada 13 Januari ini. - Mail Online