suria

Import Asean: 4 pilihan Marcote

KETUA jurulatih Kedah, Ramon Marcote sedang memantau empat pemain dari negara jiran untuk mengisi kuota import Asean bagi skuad hijau kuning.

Bekas staf Atletico Madrid itu berkata, walaupun ramai penyokong mengaitkan kuota import Asean dengan pemian Vietnam, namun dia bertindak sebaliknya.

Jelasnya, ketika ini dia sedang memantau pemain Singapura dan dua lagi dari Filipina untk dibawa ke Alor Setar.

"Saya lihat penyokong lebih melihat pemain Vietnam akan bersama kita tapi saya sedang memantau dua pemain Singapura dan dua tonggak Filipina sebagai pilihan.

"Tetapi sekarang biarlah kita melalui cabaran di Surabaya dulu sebelum membuat keputusan siapa akan akan dipilih.

"Selapas pulang dari Surabaya barulah kita akan putuskan calon dari negara mana akan mengisi kuota Asean ini untuk menempuh cabaran musim ini.

"Penyokong perlu bersabar dan menyerahkan kepada pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk membuat keputusan serta mengumumkan secara rasmi barisan pemain import kali ini," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Marcote memberitahu, penyerang baharu Kedah, Pablo Pallares memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cuaca, padang dan rakan sepasukan.

Menurutnya, ini kerana, pemain berkenaan sedang melalui pengalaman pertama beraksi di rantau Asia selepas banyak beraksi di Sepanyol selama ini.

"Dia bekas pemain kebangsaan Sepanyol Bawah 18 Tahun dan pernah mewakili pasukan Atletico Madrid B. Tujuh daripada rakanya sedang bersama skuad utama Atletico ketika ini.

"Saya yakin dengan kemampuan Pallares kerana telah melihat permainannya sejak tiga tahun lalu. Kita harap dia akan membantu Kedah mencapai kejayaan yang diharapkan musim ini," jelasnya.



Marcote, KFA

Artikel Sebelum

Segera Cari Pengganti Coutinho!

Artikel Berikut

Artikel Lain