suria

O'Neill Minat Jadi Pengurus Stoke?

Martin O'Neill. Foto Reuters

STOKE City akan memulakan proses untuk mengenal pasti pengurus kelab yang seterusnya pada pagi Isnin.

Difahamkan, pengurus skuad kebangsaan Ireland Republik, Martin O’Neill berminat dengan kekosongan jawatan itu.

O’Neill merupakan antara yang disebut-sebut menjadi pilihan Stoke selain Ronald Koeman dan Gary Rowett.

Lembaga Pengarah Stoke memutuskan untuk memecat Mark Hughes kerana siri kegagalannya.

Namun mereka mahu membuat pelantikan baharu menjelang perlawanan di Manchester United pada Isnin depan.

O’Neill, 65, sebelum ini pernah menguruskan Sundeland pada 2013, juga menunjukkan kecemerlangannya bersama Aston Villa, Celtic dan Leicester, dan dia berminat untuk kembali menyertai kelab bola sepak. - Mail Online

Martin O'Neill, Mark Hughes

Artikel Sebelum

Import Asean: 4 pilihan Marcote

Artikel Berikut

Artikel Lain