MASSIMILIANO Allegri dilaporkan berada dalam senarai pendek Chelsea untuk menggantikan Antonio Conte, tetapi Juventus tidak berhasrat untuk melepaskannya. Jurulatih itu telah dua kali memenangi kejuaraan untuk tiga musim berturut-turut dan berjaya ke final Liga Juara-Juara sebanyak dua kali sepanjang tempoh itu. Conte dijangka meninggalkan Stamford Bridge pada akhir musim ini dan hari ini Corriere dello Sport melaporkan bahawa Allegri dianggap sebagai calon yang paling mungkin untuk menggantikannya. Walau bagaimanapun, Juventus tidak berniat kehilangan Allegri pada musim panas ini dan dia di bawah kontrak sehingga 2020. Allegri pada masa lalu pernah mengakui bahawa dia mahu berkhidmat di Liga Perdana Inggeris, namun perpindahan musim panas ini dilihat sebagai tidak mungkin. Pasukannya kini menduduki tempat kedua dalam carta, satu mata di belakang pendahulu Napoli. Dia juga telah membawa kelab gergasi Itali itu ke dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara tetapi mereka kalah dalam kepada Barcelona pada 2015 dan Real Madrid pada 2017.-mailOnline