EDEN Hazard dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid pada akhir musim ini selepas menangguh untuk menandatangani perjanjian baharu yang ditawarkan Chelsea. Zinedine Zidane sangat terdesak untuk memperbaiki kedudukannya pada bulan ini setelah menyaksikan pasukannya ketinggalan 16 mata di belakang Barcelona di La Liga. Hazard berada di bahagian teratas dalam senarai pemain harapannya, sementara presiden kelab, Florentino Perez sentiasa menjadi peminat jangka panjangnya. Menurut Radio Monte Carlo, Los Blancos telah mengadakan rundingan dengan Hazard mengenai perpindahan. Mereka mendakwa pemain Belgium itu telah menolak dua tawaran dari Chelsea untuk melanjutkan kontrak perjanjian masa kini yang akan tamat pada 2020. Satu tawaran menyaksikan Hazard ditawarkan sebanyak £15.5 juta semusim, satu angka yang mengejutkan tetapi Hazard tidak membuat sebarang keputusan dikatakan kerana mahu berpindah ke Bernabeu. Penerbitan Sepanyol AS mendakwa Hazard mahu mengubah angin ke Sepanyol dan susulan perbincangan dia kini telah bersetuju untuk meninggalkan Chelsea pada musim panas. Atas sebab itu, Hazard tidak mahu menandatangani kontrak baharu yang Chelsea telah tawarkan kepadanya. Chelsea tidak dapat dipastikan sama ada akan bersetuju untuk menjual pemainnya ke Madrid dan sebarang bayaran mungkin akan melebihi nilai £100 juta. Bulan lalu, bapa Hazard, Thierry Hazard, mendedahkan pemain sayap itu menolak tawaran Chelsea dan membayangkan dia menunggu dihubungi kelab juara Eropah. "Apa yang boleh saya dedahkan mengenai Eden adalah dia menolak lanjutan kontrak," katanya. "Ini supaya, jika perlu, dia boleh menarik minat Real, yang dia mahu bermain di situ. "Setakat ini, tidak ada tawaran dari Real Madrid. Eden seorang sahaja yang terlibat dalam masa depannya." Hazard baru-baru ini memberikan harapan kepada peminat Chelsea untuk melanjutkan kontraknya di barat London tetapi hanya jika Thibaut Courtois menandatangani perjanjian baharu. Dia yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real, sebelum ini mendesak rakan sepasukan Belgiumnya itu untuk menandatangani perjanjian baharu. "Saya akan menjawab sama seperti Thibaut," kata Hazard kepada media Perancis. "Pertama sekali, dia mesti tandatangan dulu, kemudian saya akan menyusul. Saya tidak tahu siapa akan jadi orang pertama menandatangani kontrak barunya. Itu rahsia..." - express