suria

Gabriel Jesus Kembali Turun Padang

Gabriel Jesus

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan Gabriel Jesus yang sebelum ini direhatkan akibat kecederaan boleh kembali turun padang dalam masa tiga minggu lagi.

Penyerang itu berada di Barcelona bersama Dr Ramon Cugat minggu ini dan kelihatan bersedia untuk kembali seperti yang diharapkan, susulan kecederaan ligamen yang dialaminya.

Jesus, yang berdepan dengan masalah itu di Crystal Palace, terpaksa meninggalkan Selhurst Park dengan berat hati tetapi menetapkan awal bulan depan sebagai sasaran untuk kembali bermain.

Guardiola mencadangkan perlawanan  Liga Juara-Juara menentang Basle pada 13 Februari depan sebagai tarikh yang mungkin boleh disertai Jesus, tetapi juga mendakwa pemain itu mungkin kembali untuk menjalani latihan dalam masa dua minggu lagi.

"Semalam (Khamis) dia berada di Barcelona bersama Dr Cugat dan akhirnya dia dalam keadaan baik,' kata Guardiola.

"Dua atau tiga minggu lagi, dia boleh bersedia untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Basle," tambahnya.

Sergio Aguero merupakan satu-satunya penyerang buat Guardiola ketika ini untuk perlawanan menentang Liverpool di Anfield, Ahad ini. -Mail Online

Pep Guardiola, Gabriel Jesus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain