RIYAD Mahrez sedang berbincang dengan Liverpool untuk menggantikan Philippe Coutinho, tetapi dia sebenarnya lebih memilih untuk bersama Arsenal. Sumber dalam pasukan Mahrez mendedahkan secara ekslusif kepada Express Sport bahawa beberapa terma perpindahan sedang dibincangkan dengan Liverpool. Ini berikutan penjualan Philippe Coutinho ke Barcelona pada nilai £142 juta, yang disepakati minggu ini. Mahrez, 26, pemain sayap dari Algeria berada dalam senarai harapan The Reds walaupun kelab itu secara peribadi mengaku sebaliknya. Ketika kesepakatan untuk menandatangani Naby Keita menjadi keutamaan, Mahrez merupakan pilihan alternatif yang diteroka oleh Liverpool bulan ini kerana mereka bercadang untuk merancang perjalanan kelab tanpa Coutinho. Mahrez telah membuat permintaan perpindahan di Leicester musim panas lepas dan terbuka untuk berpindah ke Anfield. Tetapi skuad Jurgen Klopp bukan pilihan nombor satunya. Mahrez baru saja membeli sebuah hartanah di London dan pilihannya tetap mahu menandatangani perjanjian dengan Arsenal jika perjanjian itu dapat dilakukan. Sumber yang dekat dengan pemain itu menegaskan bahawa tiada rundingan telah diadakan dengan Gunners. Leicester terdesak untuk mengekalkan pemain utama mereka ini dan bos Claude Puel mendakwa Mahrez tidak mahu berhijrah. Mahrez dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona pada 2016 selepas membantu Leicester memenangi gelaran Liga Perdana. Tetapi dia menandatangani kontrak empat tahun baharu untuk kekal di stadium King Power dan menuntut pemindahan setahun kemudian. Puel berkata: "Dia adalah pemain yang gembira. Selain itu semuanya spekulasi. "Tidak ada masalah, saya mahu terus bekerja dengan pemain terbaik saya seperti Riyad." Mahrez tidak mungkin tidak dapat memenuhi impiannya untuk berpindah ke Emirates, kecuali Arsenal menjual Alexis Sanchez. Hari ini timbul dakwaan bahawa Manchester United dan Manchester City berminat dengan pemain Chile itu, yang kontraknya tamat pada akhir musim. -expressUK