HENRIKH Mkhitaryan tersenyum sewaktu tiba di hotel pasukan Manchester United meskipun timbul keraguan berpanjangan mengenai masa depannya di Old Trafford. Pemain kelahiran Armenia itu tiba di Hotel Lowry pada petang Isnin menjelang perlawanan Manchester United dengan pencabar Stoke City. Mkhitaryan kelihatan bersedia untuk dimasukkan dalam skuad Manchester United bagi perlawanan malam Isnin. Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan Mkhitaryan dalam sebarang perjanjian yang mana menyaksikan Alexis Sanchez memuktamadkan langkah ke Red Devils. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu seorang pemain Manchster United sebagai pertukaran dengan Sanchez, berikutan kekurangan anak buahnya pada musim ini. Dan Mkhitaryan dikatakan menjadi pilihan teratas berhubung hasratnya itu. - Mail Online