MARCOS Rojo telah terserempak dengan Henrikh Mkhitaryan di sebuah hotel di London pada Sabtu tetapi sebarang tanggapan bahawa pemain pertahanan Manchester United itu juga akan berpindah meleset kerana dia sebenarnya sedang berjalan-jalan dengan keluarganya. Pemain antarabangsa Argentina itu dilihat oleh peminat di stesen keretapi Euston London beberapa jam selepas kemenangan 1-0 United ke atas Burnley pada Sabtu. Bos United, Jose Mourinho telah memberikan beberapa hari cuti rehat kepada pemainnya beberapa hari menjelang lawatan ke Yeovil Town untuk pusingan keempat Piala FA. Rojo kemudian dilihat memeluk Mkhitaryan di sebuah hotel di tengah London di mana pemain antarabangsa Armenia itu tinggal sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan menjelang perpindahannya ke Arsenal yang dicadangkan bernilai 35 juta pound. Rojo kemudian dilihat terserempak dengan Mkhitaryan di sebuah hotel pada malam Sabtu. Foto SkySports Mkhitaryan tidak disenaraikan dalam skuad United kerana dia dikatakan sedang menghampiri perpindahan ke Stadium Emirates yang akan menyaksikan Alexis Sanchez berhijrah ke United. Ejen Mino Raiola juga berada di London untuk memuktamadkan terma perjanjian pertukaran langsung melibatkan Sanchez dan Mkhitaryan. Masa depan Rojo juga masih samar kerana perjanjiannya di Old Trafford hanya berbaki 18 bulan. Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu merupakan bahagian penting pasukan sehinggalah dia mengalami kecederaan ligamen lutut. Rojo baru-baru ini kembali beraksi selepas tujuh bulan dan Mourinho mahu memberi ganjaran kepadanya dengan perjanjian baru. - Mail Online