suria

Pogba Tuntut Gaji Dua Kali Ganda

Paul Pogba. Foto Reuters

PAUL Pogba akan menuntut gajinya dua kali ganda untuk sepadan dengan tawaran Manchester United sebanyak £400,000 seminggu untuk Alexis Sanchez.

Manchester United menawarkan penyerang kelahiran Chile dengan gaji asas hampir £100 juta menerusi kontrak selama empat setengah tahun.

Perkara itu menimbulkan isu mengenai bayaran gaji di Old Trafford.

Kini ejen Pogba, Mino Raiola bersedia memberitahu Manchester United bahawa gaji £200,000 seminggunya tidak lagi menjadi kadar bayaran pemain itu.

Pemain berusia 24 tahun itu akan mempunyai tiga tahun lagi dalam kontrak yang ditandatangani pada 2016 selepas beliau kembali ke Manchester United dari Juventus dengan nilai £89 juta.

Manchester United juga boleh mengambil pilihan selama 12 bulan, tetapi mereka menyedari keperluan untuk menjamin masa depan Pogba beberapa tahun pada kemuncak kerjayanya.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa kelab itu perlu memberikan tawaran mega yang baharu buat Pogba. - Mirror

Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain