KERETA BMW i8 milik Wayne Rooney kini dijual selepas dia dilarang memandu kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Bintang kelab Everton itu mahu menjual kereta metalik perak dengan harga £64,995 (RM356,123). Pemain berumur 31 tahun itu ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada September lalu dalam satu insiden di Cheshire, England. Rooney dikenakan perintah larangan memandu selama dua tahun akibat kesalahan itu. Selain itu, beliau turut diarahkan melakukan kerja-kerja komuniti selama 100 jam tanpa bayaran dalam tempoh 12 bulan. Harga jualan adalah kira-kira £50,000 (RM273,962) kurang daripada harga yang dibeli Rooney pada Januari 2015. - Mirror