ALEXIS Sanchez sudah mula membiasakan diri dengan tempat baharu sebaik sahaja dia menyertai Manchester United. Pemain tersebut turut memakaikan dua ekor anjingya dengan jersi pasukan tersebut. Pemain kelahiran Chile itu menyempurnakan perpindahannya ke Old Trafford pada Isnin dan dilihat menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi di Liga Perdana Inggeris. Sanchez juga sudah mula menghias segalanya dengan warna merah yang menjadi identiti United. Bintang itu memakaikan Atom dan Humber serta anak lelakinya dengan jersi United yang tertera nama 'Alexis' dan angka 7 di bahagian belakang. "Atom dan Humber ialah kawan saya, anak saya, dan berada dengan saya hampir setiap hari," kata Sanchez kepada laman web rasmi United. - Daily Mail