SELEPAS episod perpindahan pemain Alexis Sanchez dari Arsenal ke Manchester United berakhir, sudah tiba masanya beliau mencari tempat tinggal baharu. Menurut beberapa gambar, pemain kelahiran Chile itu bakal menjadi jiran kepada pengurus baharunya, Jose Mourinho. Anjing perliharaan Sanchez, Atom dan Humber pada malam Selasa dikesan di Hotel Lowry di Manchester, tempat penginapan Mourinho yang sudah dianggap sebagai 'rumah' sejak beliau memimpin Machester United pada 2016. Saudara Sanchez turut dilihat berada di Hotel Lowry. Walaupun tidak Sanchez tidak kelihatan, tetapi terdapat tanda-tanda pemain berumur 29 tahun itu bakal menginap di hotel yang sama dengan Mourinho. Mourinho, yang mempunyai keluarga di London, menetap di bilik mewah Riverside Suit di Lowry dengan harga £816 (RM4,488) semalam. - Mirror