suria

Piala Liga: Arsenal Singkir Chelsea, Wenger Fokus

PENGURUS Arsenal mengakui kemenangan 2-1 ke atas Chelsea menunjukkan mereka sudah boleh menerima kenyataan dengan ketiadaan Alexis Sanchez.

Arsene Wenger memberitahu ketiadaan penyerangnya itu yang berpindah ke Manchester United dapat diatasi dengan baik oleh pemain-pemainnya yang lain.

Arsenal yang kehilangan rentak sejak beberapa minggu lalu kembali bangkit menyingkir skuad Antonio Conte pada saingan separuh akhir Piala Liga awal pagi Khamis.

Kemenangan tersebut menyaksikan kelab kendalian Wenger itu bakal bertemu Manchester City di pentas akhir pada 25 Februari ini.

"Saya yakin kami telah membayar dengan harga yang mahal pada Januari.

"Kini kami bangkit dengan keadaan yang lebih jelas. Kami sedar apa yang perlu dilakukan. Kami fokus terhadap perlawanan," jelasnya.

Dalam masa sama, Wenger menegaskan ada perkara yang masih belum selesai.

"Ia satu yang belum selesai kerana kami belum memenanginya.

"Kami berada di final, boleh membawa penyokong ke sana. Inilah yang kami mahu dan menang.

"Apabila anda berada di pentas akhir, pastinya anda ingin menang. Tetapi kami akan bertemu dengan lawan yang kuat.

"Tugas berat sedang menanti sebelum final kerana kami ini berada dalam empat kelompok terbaik Liga Perdana," ujarnya yang kini berada di kedudukan keenam dengan 42 mata.

Piala Liga, Chelsea, Arsenal

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Berikut

JDT Diiktiraf MBOR

Artikel Lain