PENGURUS Chelsea menegaskan bukan dia yang mengawal perpindahan pemain. Antonio Conte terasa terkesan dengan situasi terbaharu kelab yang tersingkir daripada saingan separuh akhir Piala Liga selepas tewas 2-1 kepada Arsenal awal pagi Khamis. Conte menjelaskan pemain-pemainnya berada dalam tekanan apabila ramai yang mengalami kecederaan selain tidak gembira dengan aktiviti perpindahan pemain. "Saya tidak ada kesan besar dalam pasaran pemindahan pemain. Hanya kelab yang memutuskan dalam setiap pemain," jelasnya. Selain itu, Chelsea sebelum ini dikaitkan dengan penyerang AS Roma, Edin Dzeko. Malah The Blues juga dilaporkan mahu Andy Caroll, Ashley Barnes. "Saya tidak suka bercakap mengenai pasaran perpindahan pemain. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, kelab yang membuat keputusan," katanya.