BERT van Marwijk dilantik membimbing pasukan Australia menjelang saingan akhir Piala Dunia di Rusia Jun ini. Bekas pengendali Belanda itu dianggap sebagai jurulatih bertaraf dunia yang sebelum ini bersama Arab Saudi. "Keputusan yang baik buat negara Australia kerana Bert van Marwijk adalah kelas dunia," jelas presiden Persatuan Bola Sepak Austaralia (FFA), Stephen Lowy dalam satu kenyataan. "Dia telah membawa Belanda ke final Piala Dunia 2010, melatih Arab Saudi yang juga mara saingan tahun ini dan paling penting dia tahu mengenai pasukan ini. "Dia telah mengkaji pasukan ini. Pengalaman itu membuat dia pilihan yang tepat." Australia bakal berdepan dengan Perancis, Denmark dan Peru bagi aksi peringkat kumpulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai ini buat kali keempat berturut-turut.