KETUA jurulatih Armenia bengang dengan Jose Mourinho. Artur Petrosyan percaya pengurus Manchester United itu tidak melayan pemainnya Henrikh Mkhitaryan seperti yang sepatutnya. Mkhitaryan yang berpindah ke Arsenal minggu ini dikatakan bukan menjadi pilihan Mourinho dan jarang meletakkan pemain tengah itu di padang. Pemain berusia 29 tahun ini tiba di Arsenal selepas Alexis Sanchez berpindah ke Old Trafford. "Saya sangat sakit hati apabila Mourinho tidak menggunanya. Saya memang tidak gembira, tetapi itu adalah kelab dan pasukannya, dia tahu apa yang dia mahu. "Kami sangat gembira apabila dia berpindah dari Manchester United. Gaya permainannya lebih sesuai di Arsenal. "ni adalah luahan saya bahawa Henrikh ada masalah dengan jurulatih dan di Arsenal nanti, ia tidak akan sama. "Tidak akan ada lagi tekanan padanya. (Arsene) Wenger suka melihat pemain yang menonjolkan diri dan dia berminat permainan bola sepak dengan cara yang lebih baik," jelas Petrosyan.