suria

Tuah Syameer Ke Portugal

PETALING JAYA: Bak kata pepatah, "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu". Begitulah laluan hidup Syameer Kutty Abba.

Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berusia 21 tahun itu bakal berangkat ke Portugal bagi menjalani latihan bersama Kelab Vilaverdense di Braga.

Siapa tahun rezekinya sebagai pemain bola sepak semakin baik selepas meninggalkan pasukan Pulau Pinang sebaik tamat liga musim lalu.

Syameer dan rakan kelabnya, Dominic Tan dihantar pihak pengurusan JDT berlatih ke luar negara selama setahun.

Syameer (kiri) dan Dominic bergambar bersama Tunku Ismail (tengah) Foto kredit: JDT

"Alhamdullilah, saya memang gembira dan sangat berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi peluang besar ini.

"Memang tidak pernah terlintas dan sebab ini jugalah saya membuat keputusan tepat untuk bersama JDT," ujarnya kepada mStar Online.

Jelas Syameer yang juga pemain kebangsaan,  dia akan berangkat malam ini (Jumaat).

"Sekejap lagi dah nak pergi. Saya dah bersedia untuk ke sana.

"Harap saya boleh pertingkatkan seberapa banyak pengalaman dan akan menjadi pemain yang lebih baik," tambah pemain kelahiran Georgetown ini.

Pada Khamis, JDT mengumumkan nama dua pemainnya itu bakal ke Vilaverdense selama setahun dan berharap mereka dapat memberi impak positif kepada kelab dan negara selepas ini.

Syameer Abba Kutty

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Petrosyan Bengang Dengan Mourinho

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan