JOSE Mourinho menyambung kontrak baharu bersama Manchester United sehingga tahun 2020. "Saya begitu berbangga dapat menjadi pengurus Manchester United. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik dan Woodward yang menyedari kerja keras dan dedikasi saya. "Saya juga ingin menjelaskan bahawa mereka berasa yakin dan percaya saya adalah pengurus yang tepat untuk kelab hebat dan melihat masa depan. "Apa yang sasarkan adalah standard yang tinggi. Menjuarai tiga trofi dalam satu musim, tetapi ini juga adalah jangkaan dalam skuad saya. "Kami mencipta situasi yang bijak dan sukses demi masa depan Manchester United. "Dan saya tidak lupa kepada penyokong-penyokong yang terus memberi sokongan dan membuatkan saya sperti berada di tempat sendiri dengan cepat," jelasnya dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi kelab.