suria

Demi De Gea, Real 'Pancing' United Dengan Tunai, Dua Pemain

David De Gea. -fotoGetty

REAL Madrid bersedia menyerahkan dua pemainnya kepada Manchester United dan wang tunai dalam usaha mendapatkan pemain sasaran mereka di kelab itu.

Penjaga gol United, David De Gea telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Bernabeu dan langkah itu gagal pada saat-saat akhir jendela perpindahan ditutup tahun 2015.

Kelab ini sedang bekerja keras bagi mencapai kesepakatan baharu untuk pemain Sepanyol itu, yang akan menyaksikan dia diberikan perjanjian menakjubkan dan menjadi salah seorang pemain dengan gaji paling tinggi di kelab itu.

Walau bagaimanapun, menurut laporan di Don Balon, Real mempunyai rancangan untuk 'menguji' United dengan tawarannya yang mungkin membuatkan kelab itu akhirnya bersetuju melepaskan pemain berusia 27 tahun itu.

Presiden Real, Florentino Perez dilaporkan bersedia untuk melepaskan penjaga gol semasa, Keylor Navas dan pemain tengah Mateo Kovacic.

Kelab La Liga itu juga menawarkan wang tunai sebagai sebahagian daripada rundingan.

United telah dikaitkan dengan Kovacic dalam jendela perpindahan ini, tetapi timbul persoalan sama ada Mourinho bersetuju membuat pertukaran dengan De Gea untuk penjaga gawang yang bertaraf lebih rendah.

Dalam perkembangan lain, Don Balon melaporkan bahawa James Rodriguez mahu bekerja di bawah Jose Mourinho.

Artikel Sebelum

Mourinho Sambung Kontrak

Artikel Berikut

Artikel Lain