LIONEL Messi terima but terbaharunya melalui dron. But terbaru keluarga jenama sukan terkenal, Adidas Nemeziz Cold Blooded direka istimewa untuk bintang Barcelona itu. Messi dijemput sebagai tetamu khas pada majlis tajaan itu yang berlangsung di Palau Sant Jordi, Barcelona. Pemain berusia 30 tahun itu kelihatan teruja apabila sebuah dron menghampirinya dengan membawa but yang mempunyai nama 'Messi'. Pada majlis tu juga, beberapa pemain muda turut meluangkan masa bersama Messi di atas pentas.