PETALING JAYA: Pemain muda Bawah 23 Tahun kebangsaan, Danial Amier Norhisham kurang senang dikaitkan dengan artis tanah air. Danial atau lebih mesra dipanggil 'Boy' mengakui terkesan dengan perbualan hangat netizen apabila dikaitkan dengan penyayi Wani Kayrie. "Wanie dengan Boy memang tidak ada apa-apa, tidak rapat dan tidak pernah berjumpa. Boy kenal dia melalui rakan baik (juga pemain bola sepak). Wani ada hubungi saya pun sebab nak tanya pasal kawan baik saya itu sahaja. "Tidak ada lebih daripada itu, malah tidak ada berbalas-balas komen pun. "Dan saya tidak ada niat untuk dekati dia. Boy tidak pernah kejar populariti atau mahu mendekati artis," ujarnya pemain tengah Felda United ini kepada mStar Online mengenai gosip yang timbul. Boy mengakui gosip yang timbul ini sedikit-sebanyak memberikan kesan kepada dirinya. "Kalau perkara itu benar, saya tidak ada rasa apa-apa. Tetapi ia tidak betul. "Rasa kelakar pun ada dikaitkan dengan dia. Lagi pun Boy tidak mahu disebabkan cerita ini, orang lain berkecil hati, terutamanya keluarga. "Boy hanya ingin fokus kepada kerjaya bola sepak sahaja," tambahnya yang mengakui sudah mempunyai pilihan sendiri. Sebelum ini, mStar online melaporkan bahawa Wani Kayrie atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah mendedahkan didekati dua pemain muda bola sepak kebangsaan. Artikel berkaitan: Dua Pemain Bola Cuba Dekati Wanie Kayrie Selain Danial, turut dikaitkan dengan penyanyi itu adalah penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid.