suria

Cabaran Malaysia Berakhir

Pemain badminton beregu campuran negara Goh Soon Huat (kanan) dan Shevon Jemie Lai tumpas di peringkat separuh akhir. - Bernama

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters berakhir selepas beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tumpas di peringkat separuh akhir pada Sabtu.

Pada aksi di Istora Senaya, Jakarta, pasangan negara itu memberi tentang sengit sebelum tewas kepada pasangan pilihan ketujuh dari China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong, 18-21 dan 14-21.

Gandingan China itu akan menentang pilihan utama dan beregu tuan rumah, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir pada final, Ahad.

Beregu Indonesia itu, yang juga juara tiga kali itu, melangkah ke final dengan menewaskan wakil senegara, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 22-20 dan 21-17 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Pada Jumaat, beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, ditunjuk jalan keluar pada saingan suku akhir selepas tumpas 18-21, 22-20 dan 12-21 kepada pilihan ketiga, Liu Cheng-Zhang Nan dari China.

Cabaran Malaysia dalam tiga kategori – perseorangan lelaki serta perseorangan dan beregu wanita, berakhir selepas mereka tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan awal. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain