JOSE Mourinho menyambut hari lahirnya yang ke-55 tahun pada Jumaat lalu. Pengurus Manchester United itu teruja apabila menerima dua biji kek dalam sambutan yang berbeza. Bukan itu sahaja, Mourinho menerima hadiah lebih bermakna apabila menang 4-0 pada aksi Piala FA pusingan keempat pada hari istimewanya itu. Pengendali kelahiran Portugal itu memuat naik gambar dua biji kek yang diterima daripada keluarga dan skuadnya di laman Instagram. Pada hari lahirnya itu, Mourinho merakam perlawanan ke-100 sepanjang bergelar pengurus United.