PIERRE-Emerick Aubameyang secara rasminya menjadi milik Arsenal. Arsenal mengikat pemain Borrusia Dortmund dengan nilai perpindahan 56 juta pound (RM309.5 juta). The Gunners merekodkan bayaran perpindahan tertinggi kelab untuk mendapatkan Aubameyang dengan kontrak selama tiga tahun setengah serta bakal menerima gaji sebanyak 180,000 seminggu ((RM994,738). Pemain berusia 28 tahun itu menjadi sebutan sejak minggu lalu dan kehadirannya di Arsenal menyaksikan Olivier Giroud dijual kepada Chelsea pada Selasa. Aubameyang bersama pengurus Arsenal, Arsene Wenger (kanan). “Dia telah mempamerkan sesuatu yang hebat di Borrussia Dortmund ketika ini, menjaringkan gol dan menjadi sebahagian yang membawa Piala DFB ke Dortmund pada 2017. “Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Pierre-Emerick,” ujar kenyataan Borussia Dortmund.