suria

“Saya Tidak Lagi Wujud”

HATEM Ben Arfa mengakui seperti dia tidak lagi wujud di Paris Saint-Germain (PSG).

Penyerang Perancis itu langsung tidak beraksi sepanjang musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai PSG pada 2016 dari Nice dan merekodkan 23 kali penampilan dalam Ligue 1 musim lalu.

Namun pada musim ini dia hanya memanas bangku simpanan sahaja, malah situasi itu telah menyebabkan peguamnya mengambil tindakan ke atas kelab Sepatember lalu.

“Apa yang saya lalui di PSG sangat rumit. Saya rasa saya tidak wujud,” jelas Ben Arfa kepada majalah bola sepak Perancis, So Foot.

“Anda perlu lalui semua itu. Sampai satu tahap, hidup saya sebagai pemain bola sepak akan berakhir.

“Tetapi apabila sedar tidak lagi wujud selepas apa yang anda curahkan, ia sukar.”

Selepas meninggalkan Hull City pada Januari 2015, Ben Arfa menyertai Nice musim 2015-16 dan menjaringkan 17 gol dalam 34 perlawanan liga.

Dia juga turut meledak dua gol untuk 15 kap bersama Perancis di antara 2007-2015.

Ben Arfa, PSG

Artikel Sebelum

Jersi No.14 Sah Milik Laporte

Artikel Berikut

Artikel Lain