ANAK buah Antonio Conte gagal menyekat Bournemouth di Stamford Bridge pada aksi Liga Perdana awal pagi Khamis. Chelsea tewas 3-0 yang meyaksikan skuad Eddie Howe itu mengutip tiga mata penuh bergaya dengan jaringan Callum Wilson 51', Junior Stanislas 64' dan Nathan Ake minit ke-67. Tiga gol dalam babak kedua perlawanan membuatkan pengurus Chelsea makin pening kepala dengan konsisten pemain-pemainnya. "Kita perlu risau. Ia bukan mujdah dan kita perlu bersedia untuk berjuang dan melakukannya. "Saya sudah bersedia dan yakin pemain sudah mula memahami keadaan musim ini dalam merebut tempat ke Liga Juara-Juara. "Komitmen dan sikap mereka sahta hebat dan jika tidak ada perkara itu, sudah tentu kedudukan dalam liga makin teruk. "Mereka faham berada dalam keadaan bahaya. "Jika inginkan impian itu, saya boleh katakan sekarang kami sedang berjuang. Tetapi apa yang paling penting perlu lihat realiti. "Dan jika kami layak ke Liga Juara-Juara ia satu kejayaan baik bagi kami," ujar Conte. Chelsea kini berada di kedudukan keempat liga dengan 50 mata.