ANTONIO Conte (gambar) menyuarakan kekecewaannya terhadap Chelsea apabila dia dengan lantang mengkritik polisi perpindahan kelab itu yang menyebabkan mereka berada jauh di belakang Manchester City. Chelsea yang juga juara bertahan Liga Premier kini berada di kedudukan keempat selepas mereka berkunjung ke Watford pada Isnin dengan 19 mata dibelakang City. Ujar Conte, perbezaan terbesar dua kelab mega itu adalah aktiviti perpindahan mereka yang bukan sahaja berlaku pada musim ini malah pada musim lepas juga. Ketika Pep Guardiola masih mengekalkan pemain-pemain terbaiknya dan membelanjakan sebanyak £200 juta (RM1.1 bilion) untuk mendapatkan pemain terbaik seperti Bernard Silva, Enderson dan Kyle Walker, Chelsea pula kehilangan tiga pemain utama iaitu Diego Costa, John Terry dan nemanja Matic. Malah, Chelsea gagal mencari pengganti bagi ketiadaan tiga pemain itu. Walaupun pasukan biru itu membelanjakan £200 juta (RM1.1 bilion) yang melibatkan pengambilan tujuh pemain, hanya Alvora Morata yang didakwa sebenar-benarnya layak untuk menyertai kelab itu. Morata. - Reuters Namun, dia juga berhadapan masalah prestasi dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Danny Drinkwater, Tiemoue Bakayoko, Antonio Rudiger, Davide Zappacosta dan pemain lain gagal menunjukkan prestasi bagus sewaktu sesi perpindahan pada Januari termasuklah ketibaan Ross Barkley, Olivier Giroud and Emerson Palmeri yang turut gagal memberi inspirasi kepada peminat dan pengurus Chelsea. Conte turut menjauhkan dirinya daripada polisi perpindahan kelab yang jelas dapat dilihat sejak Michael Emenalo meninggalkan kelab itu pada tahun lalu. Pada Jumaat, Conte secara terbuka mengkritik situasi itu apabila diajukan mengenai apa yang diperlukan Chelsea dalam jangka masa panjang untuk mengatasi pesaingnya, City dan kelab-kelab lain dalam liga. "Kita mesti bersikap realistik dan faham tahap kita, sekarang kita sedang berusaha untuk menempatkan diri dalam Liga Juara-Juara. "Kita mesti kuat untuk menghadapi situasi ini. Pada masa akan datang pula, beli dua atau tiga pemain, bukan lapan pemain. "Jangan lupa, musim ini sahaja kita membeli lapan pemain berbanding kelab-kelab lain yang hanya membeli dua atau tiga pemain sahaja," kata Conte. Conte secara terbuka mengkritik polisi perpindahan Chelsea. - Reuters. Dalam pada itu, Conte masih lagi percaya bahawa kelabnya kekurangan asas yang kukuh untuk menentang City. "Kita harus membina sesuatu yang penting. Untuk melakukannya, kita mesti ada 15 atau 16 pemain. Pada musim lalu, kita menukar lapan pemain. Ini bermakna kita tidak ada asas yang kukuh. "Kita juga kehilangan pemain berbakat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi, kita mesti bersabar dan faham. Hargai apa yang ada, bersikap realistik dan bina asas semula untuk menentang pasukan lain," ujarnya lagi. Conte diajukan soalan sama ada dia gembira atau tidak dengan urusan perniagaan Chelsea pada Januari. Bintang itu menyusun ayatnya dengan berhati-hati sebelum berkata:"Saya sentiasa mengikut konsep sama untuk pasaran perpindahan. Saya bagi pendapat saya kepada kelab dan mereka buat keputusan terbaik. Barkley. - AP. "Dalam kes ini, saya gembira. Saya bertuah sebab pasaran perpindahan sudah tamat. Jadi, fokus kita sekarang adalah untuk melakukan yang terbaik. Barkley bermula dengan tidak baik sewaktu permulaan kerjayanya dengan Chelsea apabila kemunculannya pada Rabu menyaksikan mereka kalah 3-0 kepada Bournemouth. Bekas pemain tengah Everton itu sebelum ini berehat selama enam bulan kerana kecederaan lutut. Giroud dan Emerson Palmieri juga sedang bergelut dengan kecederaan lama menjadikan agak sukar untuk mereka bermula tanpa ketiadaan Morata secara berterusan. "Kami sedang bekerjasama dengan Giroudi dan perlu membuat pemeriksaan fizikalnya. Pastinya tidak mudah untuk dia memulakannya nanti. - Daily Mail