GELAGAT bintang bola sepak antarabangsa, Luis Suarez mencuba beberapa jenis makanan tempatan bagi mempromosikan Malaysia mengundang pelbagai reaksi netizen. Paling mencuri perhatian apabila pemain Barcelona itu gagal menahan pedas ketika mencuba salah satu makanan yang diberikan. Suarez yang terkenal dengan jolokan 'kaki gigit' itu dipilih sebagai Duta Pelancongan Malaysia dengan bayaran RM3 juta.