suria

Apa Pemain Fikir Tentang Conte Didedah!

Gary Cahill dan rakan sepasukannya kecewa selepas kalah kepada Watford. -fotoREUTERS

BEKAS pemain tengah Blues, Andy Townsend mendedahkan situasi antara pemain Chelsea dengan pengurus mereka Antonio Conte.

Katanya, pemain Chelsea tidak mahu Conte dipecat.

Conte berdepan pemecatan setelah mencatatkan beberapa keputusan buruk yang boleh mengancam matlamat kelab untuk berada di kedudukan empat teratas liga.

Kelab itu dibelasah 3-0 di laman sendiri oleh Bournemouth minggu lepas sebelum mengalami kekalahan 4-1 kepada Watford pada malam Isnin.

Express Sport difahamkan pengurus berusia 48 tahun itu akan bertugas seperti biasa pada minggu ini dan akan berada dalam perlawanan menentang West Brom pada Isnin.

Dan, Townsend menganggap para pemain masih menginginkannya walaupun dengan persembahan buruk kelab.

Apabila membincangkan sama ada bos Chelsea itu perlu disingkirkan, Townsend memberitahu BBC Radio 5 Live: "Saya tidak fikir dia patut diperlakukan begitu.

"Dan saya jujur ​​tidak fikir pemain mahu melihat ia berlaku.

"Tidak sepatutnya, lima minit lalu mereka dilihat bersatu dan semangat kebersamaan antara pengurus, pemilik dan pemain tidak dapat dipertikaikan.

"Semuanya nampak berjalan dengan baik."

Thibaut Courtois menyokong pandangan Townsend, mendakwa selepas kekalahan kepada Watford, semua pemain berada di belakang Conte.

"Kami percaya kepadanya dan kami percaya kepada pasukan kami," kata penjaga gol itu.

"Kami mencatatkan dua keputusan buruk dan kami cuba untuk bangkit, bersatu semula dan teruskan perjuangan.

"Kami telah tunjukkan bahawa kami mahu bertarung walaupun dengan 10 pemain dan itu menunjukkan kami masing-masing ada peranan.

"Apabila anda kalah dua kali seperti itu, ia tidak baik dan timbul banyak pertanyaan tetapi kami kembali ke berlatih dengan pengurus dan kami akan mengubah keadaan ini," katanya. -expressUK

Antonio Conte, Andy Townsend

Artikel Lain