suria

England Perkenal Kit Piala Dunia 2018, Lebih Vintaj

Bintang England, Harry Kane memperaga kit lengkap untuk Piala Dunia 2018.

PASUKAN England memperkenalkan kit yang bakal dipakai pada Piala Dunia Rusia, Jun ini.

The Three Lions mengekalkan warna tradisi, putih untuk jersi dan stoking untuk dipakai di laman sendiri, dipadan bersama seluar berwarna biru.

Manakala nombor pula dilekatkan dengan warna merah.

Kit merah putih dipakai di tempat lawan.

Di atas logo pasukan, dihiasi dengan satu bintang sempena kejayaan England pada tahun 1966 di Stadium Wembley.

Sementara itu, jersi ‘away’ atau aksi di tempat lawan, pemain bakal memakai jersi bewarna merah, seperti warna kejayaan yang dikecapi 52 tahun dulu.

Ia dipadankan dengan seluar putih dan stoking berwarna merah.

Kit untuk latihan atau sesi pemanas badan.

Koleksi terbaharu yang direka oleh jenama pakaian sukan terkenal Nike ini juga termasuk untuk kit latihan dan pemanas badan yang lebih 'vintaj' seperti yang dipakai pada tahun 1982.

Kit England, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain