MANCHESTER United mempunyai potensi untuk mendapatkan 26 juta pound (RM 142 juta) semusim daripada hak milik nama Stadium Old Trafford. Penasihat kewangan korporat, Duff &Phelps mendedahkan nilai hak milik nama stadium tersebut. Nilai tersebut jauh tinggi berbanding hak milik nama Stadium Etihad, Manchester City 19 juta pound, manakala Emirates (Arsenal) 15 juta pound. Nilai tersebut mendahului 7 juta pound yang dikutip oleh City berdasarkan kajian nilai hak milik nama dalam Liga Perdana Inggeris. Stadium Stamford Bridge bagi kelab Chelsea bernilai 18 juta pound dan Tottenham lebih kurang 15.5 juta pound. Sebelum ini, United tetap berkeras tidak berminat untuk menjual hak milik stadiumnya yang mempunyai 75 ribu kapasiti pengunjung. Duff & Phelps percaya nilai pasaran telah meningkat dari 74.6 juta pound pada tahun 2013 kepada 135 juta pound tahun lalu. Dalam pada itu, nilai Stadium Anfield jatuh selepas penyokong tidak menerima penjenamaan semula stadium. Nilai harga hak milik nama stadium untuk enam pasukan teratas Liga Perdana Inggeris. Old Trafford - £26m The Etihad - £19m Stamford Bridge - £18m Tottenham - £15.5m The Emirates - £15m Anfield - £11.1m