CRISTIANO Ronaldo mempunyai cara tersendiri menghilangkan tekanan sebelum menjelang sesebuah perlawanan. Bintang Real Madrid itu menghabiskan masa lapangnya sebelum bertemu Paris Saint Germain dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis. Penyerang itu mengalih tumpuannya seketika dengan bermain permainan kegemarannya. Sebelum ini dia menghabiskan beberapa jam tambahan untuk berlatih sepakan penalti. Namun kali ini dia cuba memberi tumpuan membuat lontaran terbaik. Ronaldo kelihatan gembira bermain permainan melontar bola mini ke dalam sebuah gelas, sambil ditemani dengan anak kecilnya.