KEMENANGAN penuh epik Real Madrid ke atas Real Betis awal pagi Isnin. Dengan lapan kad kuning, lapan gol keseluruhan menyaksikan Real Madrid berpuas hati dengan lima gol berbalas tiga. Biarpun anak buah Zinedine Zidane itu berasa goyang pada awal permainan terutamanya di bahagian pertahanan, malah turut tersentak aksi agresif lawan, ianya dapat diatasi dengan penuh profesional. Dua gol jaringan Marco Asensio serta Sergio Ramos, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema cukup membuatkan Zidane tersenyum. "Mereka layak bermain lebih baik apabila muncul 'kerja kotor' dan menghadapinya dengan baik, penuh karektor. "Tetapi ia bukan disebabkan itu ahaja, apa yang mereka buat kali ini sangat memuaskan. Turun, naik, ke tepi, tengah dan bertahan," ujar Zidane.