WAYNE Rooney memilih tekanan untuk kembali ke Everton berbanding bayaran gaji yang lumayan di China. Bekas kapten England itu dikaitkan dengan perpindahan ke Timur Jauh pada bulan-bulan terakhir kariernya di Manchester United, tetapi akhirnya memutuskan untuk kembali ke kelab yang ditinggalkan 13 tahun lalu. Bercakap kepada Football Focus di BBC, beliau memutuskannya berbanding melihat kerjayanya 'memperoleh banyak wang' di luar negara. "Itu bukan saya, saya memerlukan matlamat itu, saya memerlukan tekanan itu. Keinginan untuk bermain akan hilang jika saya memilih pilihan lain," katanya. "Saya tahu bahawa kembali ke Everton lebih banyak tekanan, itulah yang saya mahukan. "Saya mahu membuktikan lagi diri saya kepada peminat Everton dan cuba membantu kelab itu bergerak ke hadapan dan memenangi trofi. "Saya rasa ia sesuai untuk saya dan diharapkan dalam masa dua atau tiga tahun yang akan datang, kita boleh melakukannya," ujar Rooney. - MailOnline UK