SERGI Roberto menyambung kontrak bersama Barcelona sehingga tahun 2022. Pemain berusia 26 tahun itu mempunyai baki kontrak 18 bulan sebelum bersetuju memperbaharui kontraknya. Ia sekaligus memadam hasrat Manchester City yang merancang untuk mendapatkan pemain kebangsaan Sepanyol ini. Pengurus Barca, Ernesto Valverde memastikan Roberto yang 'dihasilkan' dari pasukan remaja itu kekal berada di Nou Camp dan harga untuk pelepasannya mencecah 440 juta pound.