suria

Emery Optimis Kaki Neymar Sembuh Untuk Menentang Real

NEYMAR telah memuat naik gambar pergelangan kakinya yang cedera teruk dan pada masa sama jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery (gambar) optimis bahawa bintang Brazil itu mampu menghadapi Real Madrid dalam Liga Juara-Juara.

Neymar meninggalkan padang sambil menangis dan dibawa keluar menggunakan papan pengusung pada perlawanan Ligue 1 malam Ahad menewaskan musuh utama Marseille.

Ramai mula bimbang mengenai peluangnya untuk muncul dalam aksi timbal balik pada Selasa depan.

Pemain itu memuat naik gambar di Instagram pada pagi Isnin yang menunjukkan pergelangan kaki kanannya diikat dengan pelindung berserta kapsyen: "08:10 selesai untuk hari ini".

Jurulatihnya bagaimanapun menaruh harapan terhadap pemain termahal dunia itu apabila pasukannya mencuba untuk membaiki keputusan defisit gol 3-1 leg pertama.

"Ujian pertama yang kami lakukan menunjukkan ia hanyalah terseliuh, kami akan melakukan lebih banyak pemeriksaan perubatan untuk mengetahui betapa seriusnya keadaan dia.

"Jika hari ini saya perlu mengatakan ya atau tidak untuk menentang Real, saya ingin mengatakan ya. Saya mahu jadi optimistik," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan. - Eurosport

Unai Emery, Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain