BEKAS bintang Barcelona, Enrique Castro yang juga dikenali sebagai 'Quini', meninggal dunia pada usia 68 tahun. Beliau yang juga bekas penyerang Sepanyol itu meninggal dunia akibat serangan jantung. Ketika kejadian, Quini sedang berjalan di sebuah jalan dekat kawasan perumahannya di Gijon, utara Sepanyol. Beliau kemudian dikejarkan ke hospital di Cabuenes, Sepanyol, sebelum disahkan meningga dunia. Castro, yang juga bermain untuk Sporting Gijon telah menangani kanser tekak pada 2008. Turut dikenali sebagai 'The Wizard', Castro bermain dalam skuad Sepanyol pada Piala Dunia 1978 dan 1982. - Mirror UK